Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Lufthansa terbang tanpa juruterbang selama 10 minit – laporan
  • GLOBAL

Pesawat Lufthansa terbang tanpa juruterbang selama 10 minit – laporan

Utusan Sarawak 13 hours ago

Pesawat Lufthansa. Foto AFP.

MADRID: Pesawat Lufthansa diterbangkan secara ‘autopilot’ ketika pembantu juruterbang yang bersendirian di dalam kokpit pengsan, sementara kapten penerbangan keluar untuk menggunakan tandas, menurut penyiasat Sepanyol berhubung insiden tahun lalu itu dalam laporan yang dikeluarkan semalam.

Suruhanjaya Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Penerbangan Awam Sepanyol (CIAIAC) berkata, pesawat Airbus A321 terbang pada 17 Februari 2024 dari Frankfurt ke Seville tanpa juruterbang yang bertanggungjawab selama 10 minit.

Lufthansa memaklumkan mengetahui hasil laporan dan berkata, jabatan keselamatan penerbangannya turut menjalankan siasatan dalaman yang menyeluruh terhadap insiden terbabit.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak mendedahkan hasil siasatannya.

“Kami memohon kefahaman anda bahawa kami tidak akan mengulas di luar laporan siasatan,” menurut Lufthansa. 

Walaupun pembantu juruterbang yang pengsan itu secara tidak sengaja menggerakkan kawalan pesawat, laporan mendedahkan pesawat dapat terus terbang dengan stabil disebabkan ‘autopilot’ yang aktif.

Menurut laporan, perakam suara menangkap bunyi aneh dalam kokpit pada masa itu yang konsisten dengan kecemasan perubatan akut.

Kapten hanya dilapor berjaya membuka pintu kokpit menggunakan kod kecemasan kira-kira 10 minit kemudian, dengan juruterbang itu difahamkan mengikuti latihan untuk kecemasan sedemikian kira-kira sebulan sebelum itu.

Terdahulu, juruterbang memasukkan kod pembukaan pintu biasa sebanyak lima kali yang mencetuskan ‘buzzer’ di kokpit untuk pembantu juruterbang melepaskan ‘sekatan’ pintu.

Laporan juga menyebut seorang pramugari cuba menghubungi pembantu juruterbang menggunakan telefon dalam kapal.

Pintu keselamatan di kokpit tidak boleh dibuka secara paksa dari luar kerana direka untuk mengelak rampasan.

Continue Reading

Previous: Dua helikopter bertembung di udara Finland, 5 maut
Next: Seorang maut, lima cedera insiden letupan di California

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.