49 pelajar SMK Bukit Assek terima insentif

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
TAHNIAH… Chieng merakam kenangan bersama semua pelajar penerima insentif atas pencapaian cemerlang memperoleh keputusan 5A ke atas dalam SPM.

SIBU: Seramai 49 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 menerima insentif berjumlah RM10,800.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, insentif tersebut sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang memperoleh keputusan 5A ke atas dalam peperiksaan tersebut (SPM).

“Saya sangat gembira melihat peningkatan ketara prestasi sekolah ini. Jika dibandingkan dengan hanya 13 pelajar memperoleh 5A ke atas pada tahun 2023, tahun ini seramai 49 pelajar berjaya mencapai tahap tersebut dengan jumlah insentif meningkat kepada RM10,800.

Ini adalah satu perkembangan yang amat membanggakan,” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar atas pencapaian yang membanggakan.

“Ini adalah hasil usaha gigihi dan kesungguhan berterusan anda semua,” katanya.

Oleh Akun Giman

Sepanyol musnahkan impian perpisahan Messi

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Ferran Torres muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk membawa Sepanyol menewaskan juara