Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia Masters: Aidil Sholeh tekad balas dendam ke atas Tien Chen
  • SUKAN

Malaysia Masters: Aidil Sholeh tekad balas dendam ke atas Tien Chen

Utusan Sarawak 12 hours ago
PEMAIN perseorangan profesional negara Aidil Sholeh Ali Sadikin.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara Aidil Sholeh Ali Sadikin, bertekad membalas kekalahan kepada pemain Taiwan, Chou Tien Chen apabila bertemu pada pusingan kelayakan Malaysia Masters yang akan bermula Selasa ini di Axiata Arena.

Beliau berkata beraksi sebagai tuan rumah sedikit sebanyak memberi keyakinan buatnya untuk menumpaskan Tien Chen sekali gus melayakkan dirinya ke pusingan pertama kejohanan berprestij tersebut.

Pada Terbuka Taiwan awal Mei lalu, Aidil Sholeh tewas 14-21, 16-21 kepada Tien Chen di pusingan kedua.

Atlet kelahiran Selangor itu mengakui kekalahan tersebut berpunca daripada beberapa kesilapan kecil yang dilakukannya sendiri, dan berjanji akan membetulkan kelemahan itu di Malaysia Masters.

“Saya sasarkan untuk beraksi melalui slot utama kerana tidak mudah bertemu Tien Chen. Kali ini mungkin boleh berikan tentangan lebih hebat sudah tentu saya nak menang, tetapi ia tidak mudah. 

“Di Taiwan, saya terlalu tidak sabar hingga membuat banyak kesilapan sendiri. Jika kesilapan itu dapat dikurangkan, saya pasti mampu bertarung habis-habisan,” katanya pada sesi uji gelanggang Malaysia Masters di sini hari ini.

Dalam pada itu, atlet berusia 25 tahun itu berpuas hati dengan prestasinya di Terbuka Thailand minggu lepas dan berharap dapat mengekalkan momentum positif itu di kejohanan tanah air.

Di Terbuka Thailand, pemain yang kini menghuni ranking ke-48 dunia itu menewaskan pemain ke-32 dunia, Wang Zheng Xing dari China, pada pusingan pertama dengan keputusan 21-12, 19-21, 21-17 sebelum dikecewakan pencabar China yang lain, Lu Guang Zu, 21-18, 16-21, 14-21 pada pusingan kedua. -Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Man City terpaksa telan musim tanpa sebarang trofi 
Next: Kecederaan tidak halang Jun Hao beraksi di Malaysia Masters

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.