Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh
  • KEMALANGAN

Kanak-kanak dua tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh kediamannya di Perumahan Awam, Presint 9, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed dalam kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 2.24 petang.

“Laporan diterima daripada doktor yang bertugas di wad kecemasan Hospital Putrajaya dengan menyatakan menerima pesakit iaitu seorang kanak-kanak dalam keadaan berlumuran darah.

“Kanak-kanak itu dibawa oleh bapanya iaitu seorang lelaki tempatan. Pemeriksaan dijalankan mendapati kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata kes sedang disiasat lanjut manakala bedah siasat mayat kanak-kanak itu akan dijalankan 8.00 pagi esok.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua warga Singapura ditemukan mati di inap desa di Cheras
Next: Wanita Vietnam maut terjatuh dari tingkat 12 pangsapuri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.