Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jangan ejek Trent Alexander-Arnold, rayu Salah kepada penyokong Liverpool
  • SUKAN

Jangan ejek Trent Alexander-Arnold, rayu Salah kepada penyokong Liverpool

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Mohamed Salah pertahan Trent Alexander-Arnold daripada ejekan penyokong.

LONDON: Mohamed Salah membidas peminat Liverpool ‘yang kejam’ kerana mengejek Trent Alexander-Arnold ketika penampilan pertamanya selepas mengumumkan dia akan meninggalkan kelab juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hujung musim ini.

Alexander-Arnold dijangka menyertai Real Madrid sebaik kontraknya tamat bulan depan.

Pemain pertahanan kanan England itu, yang mendedahkan keputusan untuk meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya minggu lalu, dicemuh penyokong Liverpool apabila dia masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika seri 2-2 dengan Arsenal di Anfield, hujung minggu lalu.

Salah berkata semalam dia sedih dengan ejekan yang ditujukan kepada Alexander-Arnold, yang berbaki dua perlawanan sebagai pemain Liverpool menentang Brighton awal pagi Selasa ini dan Crystal Palace pada 25 Mei.

“Tentu sekali. Saya terkejut kerana ini bukan cara kami bertindak sebagai penyokong Liverpool,” kata penyerang Mesir itu kepada Gary Neville dalam wawancara Sky Sports.

“Saya fikir entah bagaimana peminat bersikap kejam terhadapnya. Saya rasa dia tidak layak pada masa itu, dia berhak peminat melayannya dengan cara yang terbaik kerana dia memberikan segala-galanya kepada peminat.”

Salah sendiri terbabit dengan kemelut kontrak musim ini, tetapi akhirnya komited masa depannya kepada The Reds apabila menandatangani kontrak baharu dua tahun.

Menyeru peminat Liverpool supaya memberikan Alexander-Arnold ucapan selamat tinggal yang lebih hormat dalam dua perlawanan terakhirnya, Salah berkata: “Bayangkan seseorang yang memberikan segala-galanya kepada anda selama 20 tahun. Ia tidak sepatutnya begini.

“Saya harap ia akan berubah pada perlawanan berikutnya, menentang Brighton atau perlawanan terakhir musim, kerana dia berhak menerima ucapan perpisahan cara baik.”

Alexander-Arnold yang lahir di Liverpool dan melakukan penampilan sulung dalam skuad utama pada 2016, beraksi 353 perlawanan senior buat The Reds dalam semua pertandingan, menjaringkan 23 gol.

Pemain berusia 26 tahun itu menang dua kejuaraan EPL, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga bersama Liverpool. – AFP

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik tepati ramalan, mara ke final Terbuka Thailand
Next: Pearly, Thinaah mara ke final terbuka Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.