Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Saracarbon Sdn Bhd salur bantuan ternakan kepada komuniti Poyut / Lubok Nibong
  • BISNES

Saracarbon Sdn Bhd salur bantuan ternakan kepada komuniti Poyut / Lubok Nibong

Utusan Sarawak 2 days ago
TERIMA KASIH… Datuk Gerawat Gala menyempurnakan penyerahan projek ternakan kepada wakil daripada tiga kampung di kawasan Poyut / Lubok Nibong.

MARUDI: Seramai 36 peserta daripada tiga kampung di kawasan Poyut / Lubok Nibong di sini menerima bantuan projek ternakan daripada Saracarbon Sdn Bhd, sebagai usaha memperkasa ekonomi komuniti luar bandar.

Tiga projek utama yang disalurkan ialah projek ayam penelur untuk komuniti Rumah Panjang Kauselor Michael Selangkor, projek ternakan khinzir untuk komuniti Rumah Panjang Henry Iboh, dan projek itik penelur untuk komuniti Rumah Panjang Gerinang.

Majlis Penyerahan Bantuan Permulaan Ternakan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala, di pejabat Saracarbon Marudi.

Dalam ucapannya, Datuk Gerawat merakamkan tahniah dan penghargaan kepada Saracarbon Sdn Bhd atas inisiatif murni tersebut.

“Saya amat menghargai usaha Saracarbon bukan sahaja dalam menjayakan projek ternakan ini, tetapi juga dalam membantu memasarkan hasil kraftangan dan makanan tradisional penduduk tempatan,” ujarnya.

Beliau turut menggesa agar lebih ramai penduduk setempat dilibatkan dalam pelbagai aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan oleh syarikat itu.

“Inisiatif sebegini mampu memberi impak positif kepada ekonomi komuniti, dan membantu meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya.

Tambah beliau, projek ini juga merupakan platform latihan dan permulaan kepada komuniti untuk berdikari dalam mengusahakan projek berasaskan pertanian dan penternakan.

“Penyerahan bantuan ini menjadi batu loncatan untuk Saracarbon diterima sebagai rakan strategik pembangunan komuniti luar bandar oleh penduduk tempatan,” tambah beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pengurus Saracarbon Sdn Bhd, Zion Kong Yik Seng.

Oleh Jiku Juguong

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pasaran getah seiring niaga hadapan serantau, ringgit dan harga minyak mentah minggu depan
Next: RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut di rekod setakat April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.