Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Badan pilihan raya tertinggi Bolivia tentukan kelayakan calon bekas Presiden Morales
  • GLOBAL

Badan pilihan raya tertinggi Bolivia tentukan kelayakan calon bekas Presiden Morales

Utusan Sarawak 2 days ago
BEKAS Presiden Evo Morale

LA PAZ: Presiden Tribunal Pilihan Raya Agung (TSE) Bolivia Oscar Hassenteufel pada Jumaat berkata bekas Presiden Evo Morales boleh mendaftar sebagai calon bagi pilihan raya umum pada 17 Ogos jika beliau menyertai parti politik yang sah dari segi undang-undang dan mengemukakan dokumen yang diperlukan, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, Hassenteufel menjelaskan dalam sidang media bahawa kebenaran untuk Morales bertanding akan bergantung pada penilaian berikutnya oleh TSE mengikut peraturan dan undang-undang semasa.

“Jika beliau tampil dengan sebuah parti dan menyerahkan dokumen yang diperlukan, beliau akan didaftarkan dan pada masa itu, Tribunal Pilihan Raya akan memutuskan sama ada beliau layak atau tidak,” katanya.

Mengenai perarakan penyokong bekas presiden itu baru-baru ini, ketua TSE berkata mereka mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi harus melakukannya secara aman.

Tarikh akhir pendaftaran calon ditetapkan pada 19 Mei, dan senarai rasmi calon yang layak dijangka diumumkan pada 6 Jun. — Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: China gesa AS hentikan tekanan terhadap firma teknologi dan industri AI China
Next: PBB sambung semula bantuan kemanusiaan ke Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.