Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 17,900 ditahan miliki, guna rokok elektronik di Singapura
  • GLOBAL

Lebih 17,900 ditahan miliki, guna rokok elektronik di Singapura

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR hiasan.

SINGAPURA: Lebih 17,900 individu ditahan kerana memiliki dan menggunakan rokok elektronik di Singapura dari Januari tahun lepas hingga Mac tahun ini, susulan tindakan penguatkuasaan bersepadu pelbagai agensi yang diperhebatkan.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan bersama berkata dalam tempoh yang berkenaan, rokok elektronik dan komponen berkaitan bernilai lebih S$41 juta (S$1=RM3.30) turut dirampas.

“HSA juga mendakwa 60 individu berusia antara 17 hingga 43 tahun kerana menjual rokok elektronik, termasuk dua individu utama yang terlibat dalam sindiket bernilai lebih S$5 juta,” menurut kenyataan itu hari ini.

Mereka masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda S$14,000 serta S$16,000 – hukuman tertinggi setakat ini bagi kes penyeludupan rokok elektronik.

Secara berasingan, seorang individu utama dalam satu lagi sindiket yang dikaitkan dengan kes melibatkan rokok elektronik bernilai lebih S$6.5 juta turut ditahan pada Oktober 2024, dan siasatan masih berjalan.

Sementara itu, 101 individu ditahan dengan rokok elektronik dalam operasi di pusat pemeriksaan sempadan Singapura.

“Pengembara yang membawa produk tembakau yang dilarang ke Singapura akan dikenakan denda, dan syarikat pengangkutan serta pemandu yang terlibat dalam pengimportan produk ini boleh didakwa,” menurut kenyataan itu lagi.

MOH dan HSA turut memaklumkan bahawa warga asing yang disabitkan kesalahan akan diusir dan dilarang memasuki Singapura semula.

Selain itu, lebih 6,800 senarai rokok elektronik dan komponen berkaitan dalam talian telah dipadamkan, manakala 15 individu dikenal pasti dan didenda kerana memuat naik gambar atau video rokok elektronik di akaun media sosial mereka dalam tempoh yang sama.

Di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan), memiliki, menggunakan atau membeli rokok elektronik boleh dikenakan denda maksimum S$2,000.

Ia juga satu kesalahan untuk mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk menjual rokok elektronik dan komponen berkaitannya.

Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan didenda sehingga S$20,000, dipenjarakan sehingga 12 bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau seterusnya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: China laksanakan dasar pengecualian visa kepada lima negara LAC
Next: Gesa tubuh pejabat khas tangani UFO, fenomena aneh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.