Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sebarang semakan KDNK akan berasaskan data bukan andaian
  • BISNES

Sebarang semakan KDNK akan berasaskan data bukan andaian

Utusan Sarawak 21 hours ago
GABENOR Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour (kiri) pada sidang media suku pertama 2025 (S1 2025) di Sasana Kijang, hari ini.. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengakui keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 berikutan ketidaktentuan ekonomi global, kata Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata bagaimanapun, bank pusat lebih memilih untuk mengelak daripada membuat semakan berdasarkan andaian, sebaliknya unjuran itu perlu didasari asas-asas yang kukuh bagi memastikan kredibililiti.

“Kita mahu mempunyai asas-asas yang kukuh sebelum mengeluarkan unjuran yang boleh dipercayai bagi tahun ini.

“Ini penting kerana kita tidak mahu menyemaknya hari ini, hanya untuk mengubahnya di kemudian hari,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan prestasi KDNK suku pertama 2025 Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata semakan yang kerap boleh menimbulkan lagi ketidakpastian bagi kalangan perniagaan.

“Ini mungkin tidak sihat atau positif bagi perniagaan, kerana semakan yang kerap akan menambahkan lagi ketidakpastian kepada persekitaran yang sudah sedia semakin tidak menentu,” katanya.

Abdul Rasheed berkata semakan KDNK akan mengambil masa memandangkan BNM perlu mendapatkan kejelasan mengenai data semasa tertentu serta hasil daripada rundingan yang sedang dilaksanakan semasa penangguhan tarif Amerika Syarikat selama 90 hari.

Beliau berkata berikutan ketegangan perdagangan yang semakin meningkat dan ketidaktentuan dasar global, pertumbuhan 2025 dijangka sedikit rendah daripada julat unjuran 4.5 hingga 5.5 peratus yang diumumkan pada Mac.

Selain itu, beliau berkata institusi multilateral juga telah menyemak unjuran pertumbuhan masing-masing bagi Malaysia kepada kadar yang sedikit lebih rendah seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menyemak unjurannya daripada 4.7 peratus kepada 4.1 peratus.

“Walaupun kita mempunyai pandangan dalaman namun, persekitaran global masih sangat mudah berubah — rundingan perdagangan masih berterusan dan hasilnya masih tidak pasti, walaupun kita telah melihat hasil positif, ini boleh menjejaskan prospek kita.

“Apabila kita mendapat lebih kejelasan mengenai hasil rundingan perdagangan yang dilaksanakan, kita akan memuktamadkan unjuran baharu dan mengumumkannya dalam masa satu atau dua bulan lagi,” katanya.

Abdul Rasheed berkata selain itu penting untuk mengambil perhatian bahawa perkembangan positif berkaitan rundingan perdagangan global dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah satu petanda baik bagi ekonomi global dan Malaysia, sekiranya perkara itu berterusan. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Inflasi keseluruhan kekal sederhana bawah 3.0 peratus
Next: BNM pastikan dasar monetari kekal kondusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.