Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Raja Charles kini pada ‘fasa yang lebih baik’ melawan kanser
  • GLOBAL

Raja Charles kini pada ‘fasa yang lebih baik’ melawan kanser

Utusan Sarawak 22 hours ago
RAJA Charles III dari United Kingdom secara terbuka berkongsi mengenai rawatan kanser dan percaya yang baginda kini berada pada ‘fasa yang lebih baik’ dalam usaha melawan penyakit itu.

LONDON: Raja Charles III dari United Kingdom secara terbuka berkongsi mengenai rawatan kanser dan percaya yang baginda kini berada pada ‘fasa yang lebih baik’ dalam usaha melawan penyakit itu, lapor PA Media/dpa.

Kenyataan itu dibuat oleh Raja Charles kepada seorang bekas pesakit kanser yang ditemuinya semasa lawatan bersama Permaisuri Camilla ke Bradford pada Khamis bagi meraikan status bandar raya itu sebagai Bandar Raya Budaya UK.

Baginda menerima rawatan berterusan sejak kira-kira 15 bulan lalu selepas disahkan menghidap sejenis kanser yang tidak didedahkan pada awal 2024.

Raja Charles meningkatkan beban kerjanya pada awal tahun ini berikutan kemajuan positif dalam rawatannya dan perkara itu diteruskan walaupun baginda mengalami “gangguan kecil” apabila terpaksa menjalani rawatan singkat di hospital akibat kesan sampingan rawatan kanser pada Mac.

Baginda dijadualkan berlepas ke Kanada pada akhir Mei untuk pembukaan parlimen negara Komanwel itu dan selepas tempoh musim panas yang sibuk, akan menjadi tuan rumah kepada lawatan negara oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron, walaupun ketika itu biasanya jadual diraja mula berkurangan. — Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Rusia, Ukraine tutup hari pertama rundingan damai di Istanbul
Next: Kebakaran besar dan ‘letupan’ di tapak bekas pangkalan tentera udara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.