Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Guru wira sejati bentuk masa depan Malaysia – PM Anwar
  • SEMASA

Guru wira sejati bentuk masa depan Malaysia – PM Anwar

Utusan Sarawak 2 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berucap sempena Hari Guru bersama karakter animasi Ejen Ali di laman sosialnya, hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan para guru sebagai wira sejati dalam membentuk masa depan Malaysia serta sebagai ejen terhebat yang berjuang di medan ilmu dalam memastikan misi pendidikan negara tercapai.

Anwar dalam klip video yang dikongsi di laman Facebook berkata, beliau menghargai semangat guru yang tinggi selaku tunjang utama negara dalam melahirkan generasi MADANI, selain membentuk masa depan Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang mengajar dan mendidik kita menyampaikan ilmu semata-mata untuk melahirkan generasi MADANI.

“Teruskan misi menyemai ilmu dengan tulus dan tekad. Kami semua menjadi saksi betapa besarnya jasa guru, andalah wira sejati yang membentuk masa depan Malaysia,” katanya dalam ucapan khas sempena Hari Guru hari ini.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook yang sama, Anwar berkata guru ialah insan mulia yang tidak pernah meminta untuk dipuja, tetapi setiap hari mereka menghembus kesabaran dalam mengukir masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang. 

“Dalam kehidupan ini, siapa pun kita sama ada pemimpin, doktor, jurutera, petani malah Perdana Menteri sekali pun, semuanya pernah belajar menulis, membaca dan mengira. Segalanya bermula di dalam bilik darjah.

“Maka, sempena Hari Guru ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik,” katanya.

Beliau berkata setiap guru adalah seorang satria yang sabar membentuk akhlak, satria yang teguh mempertahankan nilai.

“Tugas kita belum selesai kerana penat lelah membentuk sahsiah seorang insan tidak berakhir dengan tamatnya sesi persekolahan. Ia adalah amanah yang berterusan, dari satu generasi ke generasi seterusnya, demi meneruskan pembinaan masyarakat MADANI,” katanya.

Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2025 kali ke-54 diadakan di Kuching, Sarawak bermula Rabu hingga hari ini bertemakan ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan’.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Trump jadi ‘datuk’ untuk kali ke-11
Next: Tergamam, yang mana satu selamatkan dulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.