Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rusia, Ukraine tutup hari pertama rundingan damai di Istanbul
  • GLOBAL

Rusia, Ukraine tutup hari pertama rundingan damai di Istanbul

Utusan Sarawak 1 day ago
PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelenskyy, tiba di Ankara pada Khamis untuk bertemu Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan sebelum memutuskan penyertaan Kyiv dalam rundingan baharu.

ISTANBUL: Hari pertama rundingan damai baharu antara Rusia dan Ukraine di Istanbul pada Khamis berakhir di Istanbul, menandakan hubungan langsung peringkat tertinggi sejak 2022, dengan Turkiye dan Amerika Syarikat (AS) turut terlibat dan diiringi optimisme berhati-hati.

Menurut sumber Kementerian Luar Turkiye yang dipetik oleh Anadolu Ajansi (AA), siri pertemuan dijangka diteruskan pada Jumaat melibatkan delegasi Rusia, Ukraine, AS dan Turkiye.

Walaupun rundingan tiga hala dirancang antara AS, Ukraine dan Turkiye, serta antara Rusia, Ukraine dan Turkiye, masih belum jelas sama ada pertemuan empat pihak akan diadakan.

Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan, dijangka menjadi tuan rumah kepada Setiausaha Negara AS Marco Rubio, Menteri Pertahanan Ukraine Rustem Umerov dan Penolong Presiden Rusia Vladimir Medinsky.

Rundingan yang difasilitasi oleh Turkiye itu merupakan percubaan pertama perbincangan langsung antara pihak bertelagah sejak awal 2022.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, tiba di Ankara pada Khamis untuk bertemu Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan sebelum memutuskan penyertaan Kyiv dalam rundingan baharu.

Selepas pertemuan itu, Zelenskyy mengesahkan penyertaan Ukraine dalam rundingan Istanbul, walaupun melahirkan keraguan mengenai komposisi delegasi Rusia.

“Walaupun tahap delegasi Rusia yang agak rendah, kerana menghormati Presiden (AS) (Donald) Trump, delegasi peringkat tinggi Turkiye dan Presiden Erdogan, dan ingin mencuba sekurang-kurangnya langkah pertama ke arah meredakan ketegangan dan menamatkan perang, saya memutuskan untuk menghantar delegasi kami ke Istanbul – walaupun tidak sepenuhnya,” katanya.

Zelenskyy memuji peranan “pelbagai dimensi” Turkiye dalam usaha keamanan dan menyifatkan lawatannya sebagai permulaan “perbualan sangat bermakna pada tahap tertinggi.”

Delegasi Rusia yang diketuai Medinsky tiba di Istana Dolmabahce, lokasi rundingan, dan Medinsky berkata pasukannya mempunyai kuasa penuh untuk merunding dan menganggap pertemuan itu sebagai kesinambungan proses Istanbul 2022.

“Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang,” katanya, menyeru pendekatan yang membina.

Erdogan, dalam kenyataan selepas pertemuan dengan Zelenskyy, menegaskan kesediaan Turkiye memudahkan dialog dan berkata Ankara terbuka untuk menganjurkan pertemuan antara pemimpin Rusia dan Ukraine apabila tiba masanya.

Beliau menyifatkan rundingan itu sebagai peluang bersejarah bagi keamanan dan menekankan keperluan segera mencari titik persamaan bagi mengelak kehilangan nyawa lebih ramai.

Selepas meninggalkan mesyuarat tidak formal menteri luar NATO di Antalya, Fidan menuju ke Istanbul dan bertemu delegasi Rusia di Dolmabahce Palace. Kementerian Luar Turkiye kemudian mengesahkan beberapa pertemuan akan diadakan pada Jumaat.

Sementara itu, Presiden AS Donald Trump, ketika berucap di Abu Dhabi pada penghujung lawatan Timur Tengahnya, berkata beliau “mungkin” akan kembali ke Washington pada Jumaat, tetapi berkemungkinan membuat lawatan mengejut ke Istanbul.

Beliau menyatakan kehadiran Presiden Rusia Vladimir Putin mungkin bergantung kepada kehadirannya sendiri.

“Jelas sekali, dia tidak akan hadir jika saya tidak hadir. Saya tidak percaya apa-apa akan berlaku sehingga dia dan saya berjumpa. Tetapi kita perlu selesaikan ini kerana terlalu ramai yang sedang terkorban,” kata Trump.

Rubio turut menyatakan bahawa Washington “tidak mempunyai jangkaan tinggi” terhadap hasil rundingan baharu itu. — Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Serangan Israel hentikan operasi hospital rawatan kanser gaza
Next: Raja Charles kini pada ‘fasa yang lebih baik’ melawan kanser

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.