
SARATOK: Usaha memastikan keselesaan masyarakat ketika mendapatkan perkhidmatan di Hospital Saratok perlu dijadikan keutamaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata sebagai pusat rawatan kesihatan utama bagi masyarakat di daerah ini, institusi kesihatan itu memerlukan perkhidmatan berterusan yang lebih berkualiti dan terbaik.
“Pihak kita akan sentiasa memantau keperluan di hospital itu dari semasa ke semasa dalam usaha kita membantu pihak hospital memberikan perkhidmatan terbaik untuk penduduk di daerah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan penyerahan sumbangan berupa hamper kepada pesakit yang menerima rawatan di wad Hospital Saratok sempena perayaan Gawai Dayak tahun ini.
Dalam pada itu Friday berkata aktiviti tersebut adalah merupakan tahunan yang dilaksanakan oleh Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) Krian menjelang perayaan Gawai Dayak sejak 2023.
Semasa pertemuan bersama Pengarah Hospital Saratok, Dr Dayang Suhaila Abang Mohamed, pelbagai buah fikiran mahupun cadangan pembaikan telah dikenal pasti untuk memperbaiki keadaan sekitar hospital tersebut.
“Pihak kita akan sentiasa memantau keperluan di hospital itu dari semasa ke semasa dalam usaha kita membantu pihak hospital memberikan perkhidmatan terbaik untuk penduduk di daerah ini,” ujarnya.
Oleh Adi Safarman