Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 21 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan peniaga terus memantau perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang berpotensi berlaku dan risiko geopolitik, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.2880/3090 berbanding dolar AS daripada 4.2840/2910 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen positif mendorong Indeks Dolar AS (DXY) memperoleh beberapa asas manakala mata wang sedang pesat membangun semakin stabil.

“Sentimen pasaran agak positif dan stabil kerana ketegangan antara AS dan China kelihatan reda, membuka jalan kepada perjanjian perdagangan pada masa depan,” katanya kepada Bernama.

“Justeru, kami menjangkakan dolar AS dan ringgit kekal di sekitar paras semasa hari ini,” katanya.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9230/9377 daripada 2.9373/9425 ketika ditutup semalam, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6867/7146 daripada 5.7191/7285 dan melonjak berbanding euro kepada 4.7931/8166 daripada 4.8204/8282 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur berbanding mata wang ASEAN.

Ia menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.2942/3110 daripada 3.3045/3104 semalam dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.8226/8989 daripada 12.8920/9208 sebelum itu.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.71 daripada 7.66/7.68 ketika ditutup pada Rabu dan menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 258.8/260.3 daripada 258.6/259.2 sebelumnya.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Inovasi betari tempatan mampu stabilkan industri penternakan
Next: Integrasi ekonomi serantau beri manfaat kepada KKIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.