Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Beberapa kawasan di Kuching, Serian alami gangguan bekalan air Jumaat ini
  • TEMPATAN

Beberapa kawasan di Kuching, Serian alami gangguan bekalan air Jumaat ini

Utusan Sarawak 4 weeks ago
KERJA-kerja pembaikan paip bersaiz 600mm DICL dijalankan di Kampung Punau.

KUCHING: Beberapa kawasan di Bahagian Kuching dan Serian dijadual mengalami gangguan bekalan air bermula 9.00 malam Jumaat ini hingga 6.00 pagi keesokan harinya.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, gangguan ini diperlukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan paip bersaiz 600mm jenis DICL di Kampung Punau.

“Antara kawasan yang terjejas melibatkan kampung-kampung dalam daerah Padawan dan Siburan (Puncak Borneo), termasuk Kampung Punau, Kampung Bunuk, Kampung Giam, Kampung Garung, Kampung Samadang, BRS dan Kampung Karu.

“Kawasan lain yang turut terlibat ialah Kampung Bayur, Kampung Bengoh, Kampung Abang, Kampung Annah Rais, Kampung Jambu, Kampung Sigandar, Kampung Seromah, Kampung Gayu, Kampung Krian dan Kampung Sira,” menurut kenyataan itu.

JBALB memaklumkan pihaknya akan berusaha memastikan kerja-kerja pembaikan siap dalam tempoh ditetapkan dan bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas itu.

Orang ramai dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan tersebut. JBALB turut memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau melayari laman sesawang https://jbalb.sarawak.gov.my/.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ADUN Kota Sentosa perjelas inisiatif ‘Sumbangan Ikhlas Gawai’
Next: Labur RM787,290 naik taraf Pasar Rakyat Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.