Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Batang Rajang simbol kejayaan PCDS 2030 di Sarikei
  • TEMPATAN

Jambatan Batang Rajang simbol kejayaan PCDS 2030 di Sarikei

Utusan Sarawak 2 days ago
BERUCAP… Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berucap pada majlis perasmian Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, hari ini.

SARIKEI: Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang diperkenalkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kini mula menampakkan hasil dan memberi impak nyata kepada rakyat negeri ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, berkata pendekatan keterangkuman yang diterapkan di bawah PCDS 2030 telah berjaya memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan.

“Tanpa mengira kaum dan lokasi, sama ada di bandar mahupun luar bandar, rakyat Sarawak mula menikmati manfaat pelbagai program dan projek pembangunan yang sedang dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, hari ini.

Menurut beliau, keyakinan tinggi diletakkan terhadap keupayaan PCDS 2030 dalam membawa kemajuan dan kemakmuran berterusan kepada Sarawak.

“Kami percaya bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperjuangkan hak-hak Sarawak serta membela kebajikan rakyatnya,” tambahnya.

Huang turut memuji kepimpinan Abang Johari yang disifatkannya telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan progresif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

“Usaha beliau dalam memperkukuh ekonomi digital, membina prasarana asas seperti jambatan, jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik di luar bandar, serta menaik taraf pendidikan dan kesihatan, telah membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat di seluruh pelosok negeri,” katanya.

Antara bukti kejayaan itu ialah pembinaan Jambatan Batang Rajang yang kini menjadi penghubung utama bagi penduduk Sarikei dan kawasan sekitarnya.

“Jambatan ini bukan sahaja memudahkan pergerakan rakyat, malah membuka lebih banyak peluang ekonomi serta mempercepatkan pembangunan luar bandar.

“Ia akan menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan kawasan ini,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak dan kerajaan GPS atas inisiatif tersebut.

Mengulas mengenai pembinaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, beliau berkata bangunan tersebut menjadi lambang komitmen kerajaan dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Bangunan ini menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung, serta menempatkan pusat sehenti ‘Service Sarawak’ yang akan memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan.

“Kita yakin fasiliti moden, selesa dan mesra pelanggan ini akan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyeru semua penjawat awam, khususnya di Sarikei, agar mengamalkan budaya kerja berintegriti, profesionalisme, keterbukaan, semangat berpasukan serta fokus terhadap pencapaian hasil kerja yang berkualiti sejajar dengan aspirasi PCDS 2030.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat SiADR, sokong usaha perkasa penyelesaian pertikaian alternatif di Sarawak
Next: ADUN Kota Sentosa kecewa infrastruktur RM1.1 juta rosak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.