Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat SiADR, sokong usaha perkasa penyelesaian pertikaian alternatif di Sarawak
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat SiADR, sokong usaha perkasa penyelesaian pertikaian alternatif di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi hari ini menerima kunjungan hormat daripada Institut Timbang Tara dan Penyelesaian Pertikaian Sarawak (SiADR) di Astana Negeri, Petra Jaya.

Delegasi SiADR yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Yew Jen Kie, hadir bagi memperkenalkan barisan kepimpinan baharu serta berkongsi perkembangan aktiviti dan peranan institut tersebut dalam mempromosikan penyelesaian pertikaian secara alternatif di Sarawak.

SiADR ditubuhkan pada 2024 dengan misi untuk memperkasakan perkhidmatan timbang tara dan mediasi sebagai kaedah penyelesaian pertikaian yang cekap, kos efektif dan inklusif, menyasarkan penyertaan masyarakat umum serta sektor korporat di negeri ini.

Tun Wan Junaidi pada kunjungan itu, menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif murni SiADR dalam memperkukuh sistem penyelesaian pertikaian yang bebas dan profesional, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperluas akses kepada keadilan serta mempertingkat kapasiti institusi guaman dan kehakiman.

Beliau turut menyambut baik cadangan kerjasama strategik antara SiADR dan institusi kerajaan negeri dalam memperkasa pembangunan sumber manusia khususnya dalam bidang timbang tara, mediasi, dan penyelesaian pertikaian alternatif.

Antara ahli delegasi yang turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Senator Robert Lau Hui Yew, Penasihat SiADR Dato’ Lee Heng Cheong dan Datuk Stephen Chung, Setiausaha John Ko Wai Seng, Bendaharai Arthur Lee Cheng Chuan, Penolong Setiausaha Sylvester Lai Tze Yang, dan Penolong Bendahari Hii Yew Hing.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP Kuching anjur semula kaunter malam bantu pelajar, komuniti setempat
Next: Jambatan Batang Rajang simbol kejayaan PCDS 2030 di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.