Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan Blue Lake Resort City ditutup sementara
  • TEMPATAN

Jalan Blue Lake Resort City ditutup sementara

Utusan Sarawak 2 days ago
PETA kawasan jalan yang ditutup dan laluan alternatif untuk digunakan oleh pengguna jalan raya.

KUCHING: Polis Daerah Bau memaklumkan penutupan sementara Jalan Blue Lake Resort City bersempena sambutan ulang tahun ke-205 Daerah Bau, Pesta Tasik Biru 2025, serta majlis pembukaan rasmi Blue Lake Resort City.

Acara ini akan berlangsung mulai esok, 15 Mei hingga Ahad ini, 18 Mei, bertempat di sepanjang Jalan Blue Lake, Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Dr. Darum, memaklumkan bahawa penutupan jalan akan bermula pada 6.00 pagi esok, melibatkan laluan masuk dari persimpangan ke Pasar Raya Besar Lepapa dan Jalan Blue Lake Resort City.

Penutupan ini akan berkuat kuasa sehingga tamatnya sambutan.

Dr. Darum turut menasihatkan orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan, khususnya di kawasan berhampiran Pasar Raya Besar Lepapa yang menghala ke Jalan Blue Lake, bagi mengelakkan gangguan terhadap aliran trafik.

“Demi keselamatan dan keselesaan semua pengguna jalan raya, kami menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan lalu lintas serta mengelakkan parkir haram sepanjang tempoh sambutan,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, ujarnya, boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bau di talian 082-763311.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Loji Rawatan Air Sungai Sadit siap, beroperasi sepenuhnya
Next: SUPP Kuching anjur semula kaunter malam bantu pelajar, komuniti setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.