Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 14 orang maut minum arak tiruan
  • GLOBAL

14 orang maut minum arak tiruan

Utusan Sarawak 14 hours ago

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 14 orang maut akibat minum arak beracun di negeri Punjab, India, menurut pegawai pada Selasa.

Kematian dilaporkan berlaku di beberapa kampung di kawasan Majitha, daerah Amritsar.

Dalam satu hantaran di platform X, Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann berikrar akan menghukum pihak yang bertanggungjawab atas tragedi itu.

Pesuruhjaya daerah Amritsar, Sakshi Sawhney berkata beberapa individu yang disyaki sebagai pembekal arak haram telah ditahan.

Enam individu yang jatuh sakit selepas minum arak pada malam Isnin kini sedang menerima rawatan perubatan.

Kematian akibat ‘hooch’ atau arak tiruan kerap berlaku di India kerana segelintir penduduk membeli minuman keras haram disebabkan larangan penjualan arak di sesetengah kawasan atau harganya yang murah.

Lebih 100 orang maut dan ramai lagi hilang penglihatan selepas meminum arak tiruan di daerah Tarn Taran, Amritsar dan Gurdaspur di Punjab pada 2020.– Bernama

Continue Reading

Previous: Israel bunuh wartawan Palestin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.