Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Sembilan anggota FRU kemalangan dikenal pasti
  • KEMALANGAN

Sembilan anggota FRU kemalangan dikenal pasti

Utusan Sarawak 15 hours ago
FOTO JBPM/APM Perak

TELUK INTAN: Senarai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Jalan Chikus-Sungai Lampam telah dikenal pasti.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata semua anggota terlibat terdiri daripada pegawai rendah polis FRU Sungai Senam Ipoh, dengan lapan daripada mereka berasal dari Perak dan seorang dari Kedah.

Beliau berkata mereka terdiri daripada Sjn Perumal a/l Sugunanathan, 44, dari Lahat, Ipoh; Sjn Mohd Roslan Abd Rahim, 46, dari Tanjung Rambutan, Ipoh; Kpl Mohd Pozli Jaudin, 41, dari Gunung Rapat, Ipoh; Kpl Nurit Ak Pandak, 34, (Kampar); dan Kpl Amiruddin Zabri, 38, (Gopeng).

Empat lagi ialah Kpl Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, dari Taiping; Kpl Muhamad Akmal Muhamad, 35, tahun dari Kuala Kurau; L/Kpl Damarrulan Abdul Latif, 33, dari Ipoh; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, dari Lunas, Kedah.

Sembilan anggota FRU itu meninggal dunia selepas trak yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian 8.50 pagi tadi di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di sini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kemalangan lori FRU: Jumlah mangsa maut meningkat sembilan orang
Next: Nahas FRU Teluk Intan: Imbau tragedi Karak 1990 ragut 11 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.