Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump mulakan lawatan ke Arab Saudi
  • GLOBAL

Trump mulakan lawatan ke Arab Saudi

Utusan Sarawak 1 day ago
ARAB Saudi jadi destinasi pertama. FotoAFP

RIYADH: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadualkan tiba di Riyadh, Arab Saudi hari ini, menandakan permulaan lawatan rasmi beliau ke Asia Barat sejak kembali memegang jawatan itu bagi penggal kedua Januari lepas.

Lawatan empat hari yang turut merangkumi persinggahan di Doha, Qatar dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), menyerupai kunjungan sulung antarabangsa beliau pada 2017 yang menjadikan Arab Saudi sebagai destinasi pertama.

Semasa berada di Riyadh, Trump dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman, selain menghadiri mesyuarat bersama pemimpin negara-negara Teluk serta wakil industri teknologi dan perniagaan sehingga 16 Mei.

Terbaharu media antarabangsa melaporkan tokoh perniagaan ternama seperti Elon Musk juga dijangka menghadiri Forum Pelaburan Arab Saudi-AS yang dijadualkan berlangsung di sini, hari ini.

Arab Saudi sebelum ini menyatakan komitmen untuk melabur AS$600 bilion di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun, selain bersetuju membeli senjata dari Washington bernilai AS$3.5 bilion pada awal tahun ini. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Next: Pertemuan Rusia – Ukraine di Turkiye ‘sangat penting’ – Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.