Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump ikrar tingkatkan perdagangan dengan India, Pakistan
  • GLOBAL

Trump ikrar tingkatkan perdagangan dengan India, Pakistan

Utusan Sarawak 1 day ago
SEORANG penduduk tempatan, berdiri di sebelah rumahnya yang rosak akibat tembakan meriam Pakistan semalam di Kampung Kotmaira berhampiran Garisan Kawalan (LoC) di wilayah Jammu, India pada hari ini. Foto Bernama

MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada hari ini berikrar untuk meningkatkan perdagangan secara besar-besaran dengan India dan Pakistan bagi menyokong kedua-dua negara itu susulan pengumuman gencatan senjata, serta berjanji untuk membantu menyelesaikan konflik di Kashmir, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada malam tadi, Ketua Wilayah Kesatuan Jammu dan Kashmir di India, Omar Abdullah, melaporkan terdengar letupan serta sistem pertahanan udara India diaktifkan berhampiran bandar Srinagar, yang menjadi pusat pentadbiran wilayah itu pada musim panas.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Timbalan Menteri Luar Pertama India Vikram Misri, mengumumkan bahawa India dan Pakistan telah menghentikan semua serangan dan tindakan ketenteraan di darat, udara serta laut mulai pukul 5.00 petang semalam.

“Walaupun perkara ini tidak dibincangkan pun, saya akan meningkatkan perdagangan secara besar-besaran dengan kedua-dua negara hebat ini. Selain itu, saya akan bekerjasama dengan anda berdua untuk melihat sama ada selepas seribu tahun satu penyelesaian dapat dicapai berhubung isu Kashmir. Semoga Tuhan memberkati kepimpinan India dan Pakistan atas kejayaan ini,” kata Trump dalam hantaran di platform Truth Social.

Pada malam 7 Mei, Kementerian Pertahanan India memaklumkan bahawa pihaknya melancarkan Operasi Sindoor sebagai tindak balas terhadap serangan pengganas di Pahalgam, dengan menyasarkan infrastruktur pengganas di wilayah Pakistan.

Kementerian itu turut menjelaskan bahawa tiada kemudahan ketenteraan Pakistan diserang dalam operasi tersebut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Pakistan mendakwa India telah menyerang lima penempatan di negara itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dan 57 lagi cedera.

Kementerian Luar Pakistan menyatakan bahawa Islamabad berhak untuk memberi tindak balas yang sewajarnya.

Ketegangan antara India dan Pakistan meningkat susulan pengeboman berani mati berhampiran Pahalgam di wilayah Jammu dan Kashmir, India, pada 22 April lalu yang mengorbankan 25 warga India dan seorang warga Nepal.

India mendakwa mempunyai bukti penglibatan Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Pakistan dalam serangan itu, namun Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif menolak tuduhan tersebut.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Negara Arab sambut baik perjanjian gencatan senjata India-Pakistan
Next: Wanita bakal ketuai agensi perisikan Britain MI6 buat pertama kali – Laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.