Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf Jalan Bajau-Kupang giat dilaksanakan
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf Jalan Bajau-Kupang giat dilaksanakan

Utusan Sarawak 1 day ago
KERJA-KERJA menaik taraf Jalan Bajau-Kupang kini sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik serta dipantau oleh JKR. Foto: ADUN Kalaka
 

SARATOK: Kerja-kerja menaik taraf Jalan Bajau-Kupang kini giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik dengan pemantauan rapi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata dengan bermulanya pembinaan jalan utama dari Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau, ia telah menoktahkan kegelisahan rakyat di kawasan itu setelah menunggu hampir belasan tahun untuk melihat jalan tersebut berturap.

“Saya berharap projek menurap jalan sepanjang 20 kilometer (km), pembinaan sistem saliran jalan dan pembinaan lima buah jambatan ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu September 2027.

“Dengan pembinaan jalan raya tersebut, ia menyediakan jaringan jalan yang berturap bagi memudahkan perhubungan penduduk Kampung Kupang dan beberapa buah rumah panjang sekitarnya.

“Ia akan memudahkan serta menerima manfaat penduduk dari Rumah Rengan Selambong, Rumah David, Rumah Anau, Rumah Ambang, Rumah Rabiah dan beberapa lagi yang menggunakan laluan tersebut untuk menuju ke Pekan Saratok.

“Ia sekali gus dapat membantu meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi penduduk di kawasan tersebut menerusi penyediaan akses yang lebih baik, selamat dan selesa,” katanya.

Mohamad Duri berkata setelah melalui beberapa peringkat reka bentuk serta pembayaran pampasan tanah yang berjumlah RM1.196 juta kepada 163 orang penerima pada Februari tahun ini, kini projek yang pada awalnya berjumlah RM90 juta dan dengan penambahan skop kerja, projek ini telah ditender dengan harga RM112.9 juta.

“Saya berterima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kerana merealisasikan projek ini dengan penambahan dana daripada RM90 juta kepada RM112.9 juta,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gotong-royong Tanah Perkuburan Islam 25 Mei nanti
Next: Gawai Dayak lambang kesyukuran, perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.