Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Wanita perlu peka, fahami teknologi AI – Nancy
  • TEKNOLOGI

Wanita perlu peka, fahami teknologi AI – Nancy

Utusan Sarawak 10 hours ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Program Pemerkasaan Wanita 2025 peringkat Parlimen Santubong di Yayasan Sarawak hari ini. Foto Bernama

KUCHING: Tiga fokus utama diberi perhatian oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam usaha memperkasakan wanita masa kini iaitu meluaskan akses kepada pendidikan dan latihan sepanjang hayat, penglibatan dalam keusahawanan serta perlindungan hak dan kebajikan wanita terutamanya kemahiran teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menterinya merangkap Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kementerian komited memastikan wanita tidak lagi bergantung kepada ahli keluarga lelaki seperti suami, bapa atau adik-beradik untuk membantu kehidupan seharian mereka.

“Tumpuan kita adalah untuk memastikan wanita tidak bergantung kepada orang di rumahnya, suami, bapa atau adik-beradik untuk membantu. Di sini, kita memperkasakan mereka dengan kemahiran mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Pemerkasaan Wanita 2025 Peringkat Daerah Kuching di Yayasan Sarawak, pagi tadi.

AHLI Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri melawat khemah servis motosikal percuma yang disediakan kepada peserta bermotosikal semasa ketibaan di Dewan Jamilah, pagi tadi. Foto Bernama

Menurut Nancy, pemerkasaan wanita bukan hanya dari segi ekonomi semata-mata, sebaliknya melibatkan kekuatan dalaman serta keyakinan diri untuk berdepan pelbagai cabaran termasuk dalam dunia keusahawanan dan teknologi AI.

Melalui program keusahawanan anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA), wanita diberi peluang untuk menimba pengetahuan berkaitan pentadbiran, perniagaan dan teknologi AI, sekali gus membantu menjana pendapatan sendiri secara mampan.

Lebih 400 peserta menghadiri program berkenaan yang terdiri daripada usahawan MARA Kuching, penerima pembiayaan dan sumbangan MARA serta golongan asnaf.

Oleh Amanda L

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: AS batal eksport cip buka peluang sektor AI di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.