Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 1,000 ibu di DUN Pelawan terima hadiah sempena Hari Ibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 1,000 ibu di DUN Pelawan terima hadiah sempena Hari Ibu

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Michael Tiang ketika mengagihkan hadiah sempena Hari Ibu kepada para wanita di DUN Pelawan, hari ini. 

SIBU: Lebih 1,000 wanita bergelar ibu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan hari ini menerima hadiah berupa tabung termos air panas sempena sambutan Hari Ibu yang bakal disambut Ahad ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang, berkata inisiatif tersebut adalah tanda penghargaan kepada golongan ibu atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membentuk masyarakat yang lebih prihatin dan penyayang.

“Kami amat bersyukur melihat begitu ramai yang hadir pada pagi ini. Bersempena Hari Ibu pada Ahad ini, pasukan kami ingin menyerahkan sedikit hadiah sebagai tanda penghargaan kepada para ibu di DUN Pelawan,” katanya ketika ditemui pemberita pada program tersebut.

Menurutnya, Hari Ibu bukanlah hari biasa, tetapi hari istimewa di mana kita meraikan kasih sayang, pengorbanan serta penjagaan penuh perhatian yang diberikan oleh golongan ibu kepada anak-anak mereka.

“Saya beritahu mereka bahawa hari ini saya berada di sini bukan sebagai timbalan menteri, tetapi sebagai seorang anak kepada seorang ibu.

“Kami ingin menyatakan penghargaan atas sumbangan mereka kepada masyarakat. Dengan pengorbanan dan dedikasi sebagai seorang ibu, mereka membentuk keluarga yang stabil, menjadikan masyarakat kita lebih selamat, penuh kasih sayang dan prihatin,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan.

Selain pemberian hadiah, program berkenaan turut menyediakan pemeriksaan kesihatan kepada para wanita yang berdaftar, dengan kerjasama PMG.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SDNU Unit Bahagia Jaya dinobatkan juara pertandingan betabuh
Next: Komuniti Iban didorong kekalkan permainan tradisional untuk generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.