Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pakistan dakwa India serang tiga pangkalan udara utama
  • GLOBAL

Pakistan dakwa India serang tiga pangkalan udara utama

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEORANG lelaki berdiri di dalam rumahnya musnah akibat tembakan meriam Pakistan di kampung Salamabad di Uri, baru-baru ini. Foto AFP

NEW DELHI: Pakistan pada awal pagi ini mendakwa India telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas tiga pangkalan udara utama negara itu iaitu Noor Khan, Shorkot dan Murid.

Kenyataan kerajaan mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta dilaporkan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan telah menutup sementara ruang udara negara itu kepada semua lalu lintas udara.

Sementara itu, desakan antarabangsa agar konflik ditamatkan semakin meningkat.

Menteri luar G7 yang terdiri daripada Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat, serta wakil tinggi Kesatuan Eropah bagi hal ehwal luar semalam menyatakan kebimbangan terhadap konflik India-Pakistan dan ancaman yang dibawanya kepada kestabilan serantau.

“Kami menggesa agar ketegangan segera diredakan dan menggalakkan kedua-dua negara menjalinkan dialog secara langsung demi mencapai penyelesaian damai. Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan menyatakan sokongan kepada penyelesaian diplomatik yang pantas dan berkekalan,” menurut kenyataan G7 itu.

Menteri Luar Arab Saudi Adel Al Jubeir berada di Pakistan semalam untuk membincangkan situasi serantau, sehari selepas mengadakan lawatan ke New Delhi.

“Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Arab Saudi ke arah meredakan ketegangan, menamatkan konfrontasi ketenteraan yang sedang berlangsung dan menyelesaikan semua pertikaian melalui dialog serta saluran diplomatik,” menurut Kementerian Luar Arab Saudi.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Menteri Ekonomi Jerman mahu lebih banyak loji janakuasa berasaskan gas
Next: Pakistan lancar ‘Operasi Bunyan-un-Marsoos’ susulan serangan India ke atas pangkalan udara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.