Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump cadang turunkan tarif ke atas China kepada 80 peratus
  • GLOBAL

Trump cadang turunkan tarif ke atas China kepada 80 peratus

Utusan Sarawak 23 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON: Menjelang rundingan perdagangan di Switzerland antara Amerika Syarikat (AS) dan China, Presiden AS Donald Trump mencadangkan agar tarif 145 peratus ke atas import dari China dikurangkan kepada 80 peratus.

“Tarif 80 peratus ke atas China nampak sesuai!,” menurut catatan Trump di platform Truth Social miliknya, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu diserahkan kepada Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent.

“Terserah kepada Scott B.,” katanya.

Bessent akan mengetuai delegasi AS hujung minggu ini ke Switzerland bagi membincangkan ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua negara dengan rakan sejawatnya dari China.

Dalam wawancara bersama stesen penyiar AS, Fox News, Bessent berkata kedua-dua pihak perlu terlebih dahulu bersetuju mengenai perkara yang mahu dibincangkan.

Sementara itu, menurut Anadolu Ajansi, Trump turut menggesa China agar membuka pasarannya kepada AS, dengan menyatakan bahawa pasaran tertutup tidak lagi berkesan dan tindakan itu akan memberi manfaat kepada China.

“China patut buka pasarannya kepada AS – sangat baik untuk mereka!!! Pasaran tertutup tidak lagi berfungsi,” kata Trump dalam satu hantaran berasingan.

Rundingan dijadual bermula Sabtu ini di Geneva, dengan Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer mengetuai delegasi Amerika, manakala China diwakili Naib Perdana Menteri He Lifeng.

Rundingan bertujuan meredakan ketegangan susulan peningkatan mendadak dalam pertikaian perdagangan awal tahun ini, apabila AS mengenakan tarif setinggi 145 peratus ke atas import dari China dan China bertindak balas dengan tarif sehingga 125 peratus ke atas barangan tertentu dari Amerika. – Bernama-dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gaza akan bangkit daripada kemusnahan
Next: Lebih banyak perjanjian perdagangan dirangka selepas AS, UK muktamad persefahaman – Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.