Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Doa, ilmu iringi perjalanan jemaah Bintulu ke Tanah Suci
  • SEMASA

Doa, ilmu iringi perjalanan jemaah Bintulu ke Tanah Suci

Utusan Sarawak 1 day ago
ISKANDAR menyantuni jemaah haji semasa pelepasan fasa pertama OHTA di Lapangan Terbang Bintulu, hari ini.

BINTULU: Ilmu dan bimbingan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji menjadi bekalan paling penting buat para jemaah dalam menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan teratur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, para jemaah diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan dan memanfaatkan sepenuhnya segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus persediaan.

“Kita mendoakan agar para jemaah sentiasa dilindungi oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sepanjang perjalanan mereka.

“Saya nasihatkan agar mereka menjaga kesihatan dan mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari, sebagaimana bimbingan yang diberikan oleh Tabung Haji sebelum berangkat menunaikan ibadah haji.

“Insya-Allah, kita yakin mereka akan tiba dengan selamat di Tanah Suci dan kembali ke tanah air dalam keadaan sihat dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyantuni kumpulan pertama jemaah haji dalam Program Operasi Haji Tanah Air (OHTA) Fasa 1 di Lapangan Terbang Bintulu, hari ini.

Bagi musim haji tahun ini, seramai 34 jemaah dari Bintulu telah terpilih menunaikan Rukun Islam kelima. Daripada jumlah itu, seramai 17 jemaah berlepas dalam pelepasan fasa pertama, hari ini.

Kumpulan berkenaan akan transit di Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, seterusnya berangkat ke Madinah, Ahad ini.

Fasa kedua pula melibatkan lapan jemaah lagi yang dijadualkan berangkat, Ahad ini.

Program OHTA merupakan inisiatif Lembaga Tabung Haji bagi menyelaras dan memastikan pergerakan jemaah dari seluruh negara ke Tanah Suci berjalan dengan lancar, tersusun dan selamat.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak tingkat persediaan hadapi status negeri tua menjelang 2028
Next: SIRIM sasar 2,000 syarikat miliki pensijilan ESG tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.