Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • NIMP 2030, NAP 2020 pacu industri auto Malaysia kedua terbesar Asia Tenggara
  • BISNES

NIMP 2030, NAP 2020 pacu industri auto Malaysia kedua terbesar Asia Tenggara

Utusan Sarawak 2 days ago
ANUGERAH… Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kanan) menyaksikan Institut Automotif, Robotik dan loT Malaysia (MARii) menerima anugerah ASEAN Records selepas berjaya menamatkan Konvoi Kenderaan EV ke Sembilan Negara sejauh 10,432 Kilometer merentasi 72 Bandar dalam masa 22 hari yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARii Azrul Reza Aziz (kanan) pada Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang hari ini. Foto BERNAMA

SERDANG: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 telah membantu dalam membangunkan industri automotif Malaysia sebagai kedua terbesar di Asia Tenggara selain ke-23 terbesar di peringkat dunia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pencapaian itu menyaksikan jualan atau jumlah keseluruhan industri (TIV) mencecah hampir 817,000 unit pada 2024.

LAWAT… Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua kanan) melawat reruai pameran kenderaan EV pada Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang hari ini. Foto BERNAMA

Sumbangan kenderaan elektrik (EV) kepada TIV juga berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan sokongan agensi MITI seperti Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), SIRIM selain Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

“Pertama, program e-basikal MARiiCAS telah mendapat sambutan menggalakkan. Bagi temph 2024 hingga suku pertama 2025, sebanyak 8,658 permohonan telah diluluskan dengan rebat berjumlah RM20.8 juta.

“Kedua, dari segi infrastruktur menyaksikan sebanyak 4,161 stesen pengecas EV disediakan di serata negara (2,857 pengecas AC dan 1,304 pengecas DC) setakat 31 Mac, 2025,” katanya pada majlis perasmian acara Pameran Auto Malaysia (MAS) 2025 di sini, hari ini.

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mencuba kenderaan jenis EV pada Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang hari ini. Foto BERNAMA

Tengku Zafrul berkata kerajaan juga kekal komited terhadap sasaran mewujudkan kemudahan 10,000 stesen pengecas EV menjelang akhir 2025, terutama dengan sokongan pemain utama seperti Gentari Petronas.

“Malaysia kini mempunyai sebanyak 43,572 EV bateri (BEV) di jalan raya manakala sejumlah 9,880 unit EV dan kenderaan hibrid telah dijual pada suku pertama 2025,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata Perodua juga telah selesai dalam pembangunan model EV miliknya dengan ujian bermula pada 24 April, 2025 dan usaha pengeluaran komersial EV menjelang akhir 2025 juga berjalan lancar.

“Malah, beberapa peminat kereta dapat melihat sendiri kehadiran eMO (Electric Motion Online) pertama Perodua yang sedang diuji di jalan raya Malaysia beberapa hari lepas iaitu hanya lima bulan selepas konsep eMO-II dipamerkan di pameran permotoran lain.

“Imej kenderaan hatchback yang disamarkan dengan pelekat hitam putih juga dipaparkan di media sosial,” katanya.

Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa MITI kekal gigih dalam komitmen memajukan lagi industri automotif Malaysia, sama ada menerusi usaha menarik pelaburan bernilai tinggi atau membangunkan ekosistem automotif yang mampan secara holistik.

Acara MAS 2025 yang dianjurkan untuk tahun ketiga, menampilkan 200 pempamer serta lebih 500 kenderaan. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi
Next: Bursa Malaysia ditutup lebih rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.