Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Latihan EV pacu tenaga mahir masa depan – Senator Ahmad
  • BISNES

Latihan EV pacu tenaga mahir masa depan – Senator Ahmad

Utusan Sarawak 2 days ago
SEKITAR lawatan kerja Senator Dato’ Ahmad Ibrahim ke ibu pejabat Motordata Research Consortium (MRC) Malaysia di Shah Alam dan ESnet Academy, bagi meninjau kemajuan pembangunan modul latihan kenderaan elektrik (EV) yang sedang giat dijalankan secara kolaboratif.

SELANGOR: Ahli Dewan Negara Senator Dato’ Ahmad Ibrahim hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Motordata Research Consortium (MRC) Malaysia di Shah Alam dan ESnet Academy, pusat latihan teknikal yang berpangkalan di Rawang, bagi meninjau kemajuan pembangunan modul latihan kenderaan elektrik (EV) yang sedang giat dijalankan secara kolaboratif.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah menerima taklimat terperinci mengenai inisiatif latihan EV yang membabitkan kerjasama antarabangsa dengan institusi pendidikan terkemuka seperti South Essex College (United Kingdom), Xianning Vocational Technical College (China), serta Institute of the Motor Industry (IMI, United Kingdom).

“Langkah proaktif ini amat penting dalam usaha kita melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia menghadapi transformasi teknologi serta menyokong pertumbuhan ekonomi hijau negara,” ujar Senator Dato’ Ahmad.

IBU pejabat Motordata Research Consortium (MRC) Malaysia di Shah Alam dan ESnet Academy, pusat latihan teknikal yang berpangkalan di Rawang

Beliau turut memuji pendekatan ESnet Academy yang menggabungkan teori, latihan praktikal serta pematuhan kepada piawaian industri global sebagai teras kepada keberkesanan latihan mereka.

ESnet Academy, yang merupakan sebahagian daripada Lofty Group of Companies, kini memiliki pejabat serantau di Ipoh, Pulau Pinang, dan Rawang.

Dengan pelaksanaan modul EV yang komprehensif, akademi ini dijangka memainkan peranan utama sebagai antara peneraju latihan teknikal dalam sektor kenderaan elektrik di negara ini.

Senator Dato’ Ahmad turut menekankan bahawa Sarawak mempunyai potensi besar untuk terlibat secara aktif dalam ekosistem latihan EV nasional, sejajar dengan komitmen negeri tersebut dalam pembangunan teknologi bersih dan inovasi lestari.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM50 juta bantu MATRADE kembang eksport di pasaran pesat membangun
Next: Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 8 sen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.