Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah
  • GLOBAL

Jet pejuang Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah

Utusan Sarawak 3 days ago
JET pejuang FOTO hiasan

WASHINGTON: Sebuah jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat terhempas di Laut Merah ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media AS.

Menurut stesen penyiaran CNN, juruterbang dan seorang pegawai sistem persenjataan sempat melentingkan diri dari pesawat dan diselamatkan dari laut dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pesawat berkenaan masih belum ditemukan.

Seorang pegawai pertahanan Amerika mengesahkan kejadian itu kepada Business Insider, sambil memaklumkan bahawa tiada anggota di dek penerbangan yang cedera.

Insiden ini merupakan “kehilangan” kedua pesawat pejuang F/A-18 — yang dianggarkan bernilai lebih US$60 juta sebuah — dari kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman dalam tempoh lebih seminggu.

Dalam kejadian sebelum ini, sebuah jet pejuang Jet F/A-18E Super Hornet dilaporkan ‘hilang’ di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman.

USS Harry S. Truman dikerahkan ke Laut Merah sebagai sebahagian daripada operasi Amerika Syarikat berkaitan kumpulan Houthi di Yaman.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: 14 maut akibat ribut petir, angin kencang di Gujarat, India
Next: Gaza dihentikan serta-merta, bangkit isu kebuluran dan pengusiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.