Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rusia, Ukraine saling bertukar 205 tawanan perang
  • GLOBAL

Rusia, Ukraine saling bertukar 205 tawanan perang

Utusan Sarawak 3 days ago
RUSIA dan Ukraine mengadakan pertukaran tawanan perang dengan setiap pihak menyerahkan seramai 205 orang tentera kepada pihak satu lagi. Foto AFP

MOSCOW: Rusia dan Ukraine mengadakan pertukaran tawanan perang dengan setiap pihak menyerahkan seramai 205 orang tentera kepada pihak satu lagi, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata hasil rundingan, seramai 205 tentera Rusia telah dibebaskan dan diserahkan dari wilayah yang dikuasai Ukraine pada 6 Mei.

“Sebagai balasan, 205 tawanan perang Ukraine juga telah diserahkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), kementerian itu turut memuji usaha pengantaraan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memudahkan pertukaran tawanan itu serta menzahirkan penghargaan atas sumbangan kemanusiaannya.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa tentera Rusia yang telah dikembalikan sedang menjalani penilaian psikologi dan perubatan di Belarus sebelum dibawa pulang ke Rusia untuk rawatan dan pemulihan lanjut.– Bernama – TASS/Anadolu

Continue Reading

Previous: Gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan sehingga 31 Mei ini
Next: Ketegangan India-Pakistan memuncak susulan serangan terbaharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.