
LAWAS: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi telah menghadiri taklimat ke-9 Pejabat Agensi Pembangunan Wilayah (RDA) di Sarawak bermula 5 hingga 16 Mei 2025.
Melalui perkongsian Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS), antara 9 agensi pembangunan wilayah tersebut ialah yang dilawati oleh Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ialah Agensi Pembangunan Wilayah Utara(NRDA), Agensi Pembangunan Wilayah Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembangunan Wilayah Pertengahan Rajang (MiRRDA), Agensi Pembangunan Upper Rajang(URDA), Agensi Pembangunan Rajang Delta (RADDA), Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Agensi Pembangunan Samarahan Wilayah Bersepadu (IRSDA) dan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).
Tujuan lawatan di RDA adalah untuk bersuai kenal di antara Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) dengan pegawai dan kakitangan RDA serta mengetahui prestasi pelaksanaan projek-projek dan mengenal pasti isu-isu atau cabaran yang dihadapi.
Satu ‘Jawatankuasa Khas’ akan dibentuk untuk menyelaras dan melaporkan perkembangan serta isu yang dihadapi oleh RDA. Jawatankuasa ini kelak akan dipengerusikan oleh Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) selaku menteri bertanggungjawab dengan keahlian semua RDA termasuk agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) serta Kementerian/Agensi/Jabatan yang berkaitan.
RDA ditubuhkan untuk merancakkan tempo pembangunan di wilayah berkenaan dengan kelulusan projek tanpa melalui agensi pusat.
Semua cadangan projek dirancang oleh RDA masing-masing dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Agensi Pembangunan Wilayah berkenaan.
Projek-projek RDA dilaksanakan oleh agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Jabatan Pertanian (DOA), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.
RDA dan pemilik aset dikehendaki untuk merancang bajet dan tenaga kerja bagi operasi dan penyelenggaraan aset.
Kerjasama padu daripada semua RDA untuk memastikan projek-projek yang dirancang dan diluluskan berjalan lancar serta bekerjasama rapat dengan agensi pelaksana dan agensi pemantau bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual.
Seterusnya beliau turut menyampaikan pesanan Yang Berhormat Timbalan-timbalan Premier terhadap kontraktor yang tela mendapat surat lantikan (LOA – letter of appointment) untuk memulakan kerja-kerja lapangan dalam tempoh 30 hari dari tarikh LOA.
Justeru, agensi hendaklah bertanggungjawab supaya arahan ini dipatuhi.
Oleh Adeng Edrus