ADUN Repok sumbang 888 beg sekolah kepada pelajar, murid sembilan sekolah

Facebook
WhatsApp

TERIMA KASIH… Kapitan Ling Sien Chuong selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan bantuan beg sekolah.

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii telah menyumbangkan sebanyak 888 beg sekolah kepada pelajar dan murid dari sembilan buah sekolah.

Jurucakap Pusat Khidmat Repok berkata, bantuan tersebut diserahkan oleh wakil Tiong Sii yang diketuai oleh Kapitan Ling Sien Chuong.

“Pelajar dan murid yang menerima bantuan beg sekolah adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Paoh, Sekolah Menengah (SM) Ming Lik, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tiong Ho, SJKC St Martin, SJKC Chung Hien, Sekolah Kebangsaan (SK) Udin, SK Balong, SK Assun dan SK Sungai Paoh.

“Dato’ Sri Huang Tiong Sii sangat mementingkan bidang pendidikan di Parlimen Sarikei.

“Setiap tahun, beliau menyumbangkan bantuan untuk keperluan para pelajar dan murid.

“Bantuan tersebut adalah seperti bantuan pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan kasut sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, ia adalah bertujuan menyokong pembangunan pendidikan di kawasan Parlimen Sarikei.
Oleh Earl Anek

Empat pasukan mara separuh akhir PSDC 2026

KUCHING: Empat pasukan mara ke peringkat separuh akhir Piala Cabaran Debat Premier Sarawak (Premier of Sarawak Debate Challenge Cup/PSDC) 2026 selepas