
LAWAS: Kejohanan Olahraga Tahunan ke-58 SMK Lawas 2025 yang dilangsungkan di Padang Sekolah dan Kompleks Sukan Lawas berakhir hari ini.
Majlis penangguhan kejohanan berkenaan disempurnakan oleh Idris @ Adeng Edrews (NYDP PIBG) bersama-sama Tuan Pengetua SMK Lawas, Tuah Adis.
Juara keseluruhan tahun ini dimenangi oleh Yellow Tiger diikuti Blue Panther ditempat kedua, Green Cheetah menduduki tempat ketiga dan menduduki tempat keempat ialah Red Lion.
Tahun ini juga menyaksikan atlet yang mewakili pasukan kebangsaan Mohamad Fakiruddin Murah dinobat sebagai olahragawan dan Cristilla Gadung Royston selaku olahragawati.
Acara ini bukan sahaja mencungkil bakat sukan dalam kalangan murid, malah juga memupuk nilai kerjasama, disiplin, dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.
Turut terlibat dalam kejohanan tahunan ini ialah Kelas Pendidikan Khas dan Integrasi SMK Lawas.
Hadir sama Pegawai Perhubungan SMK Lawas ASP Masri Lamsin dan wakil PIBG Zon Lawas Damit, Rolland Liwi Buaya.
Oleh Adeng Edrus