Anda ingin lari dari hiruk-pikuk kehidupan di kota? Ingin mencari ketenangan dengan menyelami keindahan alam semula jadi? Merancang untuk ke Lundu?
Sejak Lebuh Raya Pan Borneo fasa pertama yang menghubungkan Sematan dan Telok Melano dibuka kepada umum, Lundu semakin menjadi buah mulut bagi penduduk di Sarawak yang ingin mencari lokasi bersantai dan beriadah di tepi pantai.
Lundu terletak antara satu hingga dua jam perjalanan dari Kuching. Jika anda malas untuk memandu jauh ke Telok Melano, anda boleh ke Pantai Pandan.
Sementara itu, Lundu terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan pemandangan sepanjang perjalanan juga sungguh indah.
Pantainya pula merupakan antara tarikan utama di sini. Suasana yang tenang dan menarik untuk menenangkan fikiran. Ditambah lagi dengan deruan ombak, pasti tidak akan mengecewakan!
Salah satunya adalah Pantai Pandan terletak lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Lundu. Ia juga terletak berhampiran dengan Kampung Pandan.
Menurut penceritaan daripada penduduk setempat, nama Pandan diperolehi berdasar kepada jumlah daun pandan yang banyak tumbuh di kawasan tersebut suatu masa dahulu.
Pantai ini mempunyai pemandangan pantai dan laut yang cantik. Kawasan pantai ini masih lagi dibangunkan untuk menepati keselesaan para pengunjung.
Pada setiap hujung minggu, kawasan pantai ini akan dipenuhi dengan ramai pengunjung yang terdiri daripada masyarakat dalam mahupun dari luar negara yang ingin menikmati keindahan dan kedamaian pantai ini.
Pantai Pandan adalah kawasan pantai indah yang tidak disentuh oleh pengkomersialan yang terletak 20 minit dari Pekan Lundu, Sarawak.
Anda bebas untuk memilih lokasi untuk bersantai mengikut keselesaan anda semasa berada di pantai ini.
Pelancong yang tinggal di tepi pantai berpeluang menyaksikan aktiviti harian penduduk kampung, bermula memancing hingga bertani. Anda mungkin bernasib baik untuk menyertai aktiviti memancing bermusim seperti udang dan mencari obor-obor.
Anda boleh melihat aktiviti pelayaran laut, memancing dan aktiviti menangkap ketam untuk pengalaman percutian Borneo yang tidak dapat dilupakan.
Sementara itu, anda juga boleh bermalam di sini sebab terdapat tempat untuk anda menginap seperti Pandan Goldcoast Holiday Villa.