
ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa berlaku pada 1.16 pagi Rabu waktu tempatan (9.16 malam waktu Malaysia, Selasa), pada kedalaman 10 kilometer dan terletak kira-kira 286 kilometer di barat daya bandar Bluff.
Tiada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan besar setakat ini. -Bernama-Anadolu