Kardinal seluruh dunia berkumpul dalam satu sidang rahsia 7 Mei depan, pilih Paus baharu

Facebook
WhatsApp
ANTARA pemimpin dunia yang menghadiri upacara pengebumian Paus Francis di Dataran St Peter, Vatican, Sabtu lalu. Foto AFP

LONDON: Vatican mengumumkan semalam bahawa para kardinal dari seluruh dunia akan berkumpul pada bulan depan dalam satu sidang rahsia bagi memilih Paus baharu susulan pemergian Paus Francis.

Perhimpunan tertutup itu dijadual bermula pada 7 Mei di dalam Gereja Kecil Sistine dan akan melibatkan sekitar 135 kardinal, lapor Anadolu Ajansi.

Proses pemilihan yang berakar umbi dalam tradisi berabad-abad itu diadakan selepas Paus Francis meninggal dunia pada Isnin Easter.

Upacara pengebumiannya telah diadakan pada Sabtu lalu.

Tiada tempoh rasmi ditetapkan bagi berapa lama sidang itu akan berlangsung, namun dua pemilihan paus sebelum ini pada 2005 dan 2013, masing-masing diselesaikan dalam tempoh dua hari. – Bernama – Anadolu