
PARIS: Seorang pelajar sekolah menengah memasuki sebuah sekolah di Nantes, barat Perancis dengan membawa pisau dan menikam sekurang-kurangnya empat pelajar pada petang semalam, lapor media tempatan yang memetik sumber polis.

Seorang daripada mangsa disahkan maut akibat kecederaan, menurut laporan BFMTV yang memetik pelbagai sumber.
Guru berjaya menahan penyerang sebelum polis tiba. Suspek dikenal pasti sebagai pelajar tahun kedua sekolah menengah.
Pihak berkuasa belum mendedahkan identiti penyerang. Motif kejadian masih dalam siasatan. – Bernama