Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terima kasih Kerajaan Sarawak, Persekutuan – Gira
  • TEMPATAN

Terima kasih Kerajaan Sarawak, Persekutuan – Gira

Utusan Sarawak 5 years ago
ADUN TAMIN…Christopher Gira Sambang

SIBU: Pemilihan bandar Sibu menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 September depan adalah berita baik bagi rakyat Sarawak terutamanya yang berada di Bandar Angsa itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang berkata, beliau amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Persekutuan kerana memilih bandar Sibu sebagai lokasi utama penganjuran acara bersejarah itu.

“Ini jelas menunjukkan minat dan komitmen kerajaan untuk melakar wajah baru bagi Sibu yang terletak di kawasan wilayah tengah Negeri Sarawak.

“Walaupun begitu, kita harus ingat bahawa kita masih menghadapi pandemik covid-19. Namun untuk jangka masa panjang, ini akan membuka pelaburan dan menarik banyak pelancong pada masa akan datang,” jelasnya kepada pemberita petang tadi.

Dengan masa persiapan yang singkat, katanya, sebarang persiapan yang diperlukan untuk acara tersebut harus disiapkan kerana ia akan mendorong industri pelancongan.

“Oleh itu, keperluan untuk memastikan hotel, restoran dan kedai makan yang mencukupi, tempat menarik / tarikan dan lain-lain dapat dipertingkatkan,” ujarnya lagi.

Continue Reading

Previous: Kajian pengeluaran durian berkualiti giat dijalankan
Next: Pegawai polis bersubahat seludup PATI ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.