Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia pertimbang tingkat import dari AS
  • GLOBAL

Indonesia pertimbang tingkat import dari AS

Utusan Sarawak 2 months ago
FAIL… Pekerja memindahkan buah sawit yang dituai ke trak pengangkut sebelum diproses menjadi minyak sawit mentah (MSM) di ladang sawit di Pekanbaru, Indonesia pada 23 April 2022. Foto AFP

JAKARTA: Indonesia kini mempertimbangkan meningkatkan import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai usaha mengurangkan lebihan dagangan dengan negara itu, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto.

Langkah ini dijangka menjadi sebahagian daripada rundingan perdagangan akan datang bersama Washington, dalam usaha memulihkan hubungan yang terjejas akibat dasar tarif tinggi Presiden AS, Donald Trump.

Indonesia merupakan antara negara Asia yang paling terkesan, apabila dikenakan tarif sebanyak 32 peratus oleh pentadbiran Trump, yang dilihat mencetuskan ketidaktentuan dalam perdagangan global.

Menurut Pejabat Wakil Perdagangan AS, lebihan dagangan barangan Indonesia bersama AS mencecah AS$17.9 bilion pada 2024, meningkat 5.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa antara barangan yang bakal diimport termasuk gas asli cecair (LNG) dan gas petroleum cecair (LPG), sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan ketidakseimbangan dagangan dengan AS, salah satu rakan dagang utama Indonesia.

Selain itu, Airlangga turut mengesahkan bahawa beliau bersama beberapa pegawai kanan kerajaan, termasuk Menteri Luar Negeri, Sugiono dan Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati akan berkunjung ke Washington dari 16 hingga 23 April bagi mengadakan rundingan rasmi dengan AS.

Delegasi tersebut dijangka mengadakan pertemuan bersama beberapa tokoh utama pentadbiran Trump, termasuk Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, Setiausaha Perdagangan Howard Lutnick dan Setiausaha Negara Marco Rubio.

Sementara itu, Sri Mulyani berkata kerajaan Indonesia akan menurunkan kadar cukai import bagi beberapa komoditi dari 2.5 peratus kepada 0.5 peratus, termasuk telefon pintar dan komputer riba.

Barangan lain seperti keluli dan peralatan perubatan dari AS juga akan menikmati pengurangan cukai import kepada antara 0 hingga 5 peratus, berbanding kadar sebelumnya, iaitu antara 5 hingga 10 peratus. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 5.6 skala Richter landa Myanmar
Next: Jepun catat penurunan penduduk tertinggi sejak 1950

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.