
MARUDI: Angkatan Perkhidmatan Awam (APM) Daerah Marudi turun padang melakukan pemantauan banjir di lima lokasi di Daerah Beluru yang berisiko dinaiki air bah.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri dalam kenyataannya beliau berkata lima lokasi tersebut ialah SK Pengarah Enteri, Ulu Teru (2 kaki), Rh Rendah Kampung Matek Ulu Teru (1 kaki), Rh Kalong Tanjung Rian, Ulu Teru (1 kaki), Rh Abok Kampung Mulong Ulu Teru (1 kaki) dan Rh Takang Kampung Empelam Ulu Teru (1 kaki).

Seramai empat anggota APM dari Skuad Bravo dikerahkan ke lokasi tersebut untuk memantau keadaan di lokasi berkenaan diketuai Pbt. (PA) Frankie Nyelang, Pbt. (PA) Spencer Bangit, Pbt. (PA) Bennet Berasap Raymond dan Pbt. (PA) Christina Aie.
Katanya, kenaikan air berlaku ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas mengundang beberapa lokasi dinaiki air.
Beliau mengingatkan penduduk yang terjejas supaya sentiasa berwaspada dan peka terhadap trend air dan berpindah jika tidak selamat.
Dalam pada itu katanya sekolah masih beroperasi seperti biasa dan keadaan masih selamat dan terkawal.
Oleh Jiku Juguong