Suasana tenang jadi kecoh gara-gara biawak

Facebook
WhatsApp
DITANGKAP… Anggota APM Limbang menangkap biawak yang sesat di rumah salah seorang penduduk di perumahan Batu Biah Limbang.
Foto APM Limbang

LIMBANG: Suasana tenang disebuah rumah bertukar kecoh apabila satu keluarga menerima kejutan seekor biawak.

Insiden yang berlaku pada 4.00 petang di perumahan Batu Biah di sini, semalam, mendapat respons segera Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang selepas menerima panggilan pemilik rumah.

Pemilik rumah yang bimbang perkara buruk berlaku berhimpun bersama ahli keluarga sementara menunggu ketibaan pasukan APM Limbang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang  Kapten (PA) Bonnie  Madisun berkata  pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang.

“Biawak berkenaan ‘menyorok’ dibelakang tingkap, bahagian dapur pengadu.

“Anak biawak berkenaan ditangkap dengan menggunakan kaedah menjerut dan operasi menangkap reptilia berkenaan mengambil masa kurang 10 minit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Oleh Adeng Edrus