
NEW DELHI: India menghantar 15 tan bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Myanmar.
Sebuah pesawat tentera C130J akan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Hindon di pinggir New Delhi dengan membawa bantuan hari ini, menurut laporan media tempatan.
Kargo bantuan itu merangkumi khemah, beg tidur, selimut, makanan sedia dimakan, penapis air, lampu solar, set penjana kuasa serta ubat-ubatan penting.
India, Pakistan, Maldives dan Sri Lanka telah menyatakan solidariti dengan mangsa gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan Thailand, semalam. – Bernama