
MANDALAY (Myanmar): Seramai 694 orang terbunuh, 1,670 cedera dan 68 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat pagi ini, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu, semalam, menurut pasukan penerangan berkenaan.
Laporan rasmi menyatakan bahawa gempa bumi itu menyebabkan kegagalan sistem bekalan elektrik. Rangkaian telekomunikasi juga tidak berfungsi dengan lancar dan beberapa kawasan di Yangon tidak mempunyai isyarat telefon bimbit.
Banyak bangunan mengalami kerosakan dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan. – Bernama – Xinhua