Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Raja Charles tampil ceria selepas rawatan kanser di hospital
  • GLOBAL

Raja Charles tampil ceria selepas rawatan kanser di hospital

Utusan Sarawak 2 months ago

Raja Charles III /Foto AFP

LONDON: Raja Britain, Raja Charles III kelihatan ceria pada pagi Jumaat ketika muncul di khalayak buat kali pertama sejak didedahkan baginda menerima rawatan di hospital akibat kesan sampingan daripada rawatan kansernya, lapor PA Media/dpa.  

Baginda yang berusia 76 tahun tersenyum dan melambai ke arah rakyat ketika berangkat meninggalkan kediaman diraja Clarence House di London dengan menaiki sebuah Audi hitam.  

Difahamkan, baginda menuju ke estet Highgrove di Gloucestershire.  

Istana Buckingham pada Khamis malam mengumumkan bahawa Raja Charles “memerlukan tempoh pemerhatian singkat di hospital” pada hari berkenaan.  

Urusan rasmi yang dijadualkan pada Jumaat dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memberi keutamaan kepada pemulihan baginda.

— BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Continue Reading

Previous: Gempa susulan mungkin berlaku selepas gempa bumi Myanmar
Next: Empangan di Myanmar berisiko runtuh selepas gempa bumi kuat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.