Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Myanmar ‘bergegar’
  • GLOBAL

Myanmar ‘bergegar’

Utusan Sarawak 2 months ago
MUSIBAH NGERI... Sekitar situasi gempa bumi yang melanda Myanmar. -Foto AFP

YANGON: Gempa bumi kuat berskala 7.7 magnitud menggegarkan kawasan 16 kilometer di utara-barat laut Sagaing, Myanmar, pada 06.20.54 GMT pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa bumi itu terletak pada kedudukan 22.01 darjah latitud utara dan 95.92 darjah longitud timur, dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Wartawan Xinhua di Yangon melaporkan gegaran kuat dirasai di ibu negara Nay Pyi Taw serta bandar terbesar Myanmar, Yangon.

Setakat ini, Kerajaan Myanmar belum mengeluarkan maklumat rasmi mengenai magnitud gempa atau tahap kerosakan yang dialami.

Cubaan Xinhua untuk menghubungi pegawai di kawasan pusat gempa tidak berjaya.

Laporan awal menunjukkan beberapa bangunan di Wilayah Mandalay runtuh, manakala beberapa jalan yang menghubungkan Mandalay dan Yangon mengalami kerosakan atau terputus.

Gegaran turut dirasai di luar Myanmar.

Wartawan Xinhua di Vientiane, ibu negara Laos, dan Bangkok, ibu negara Thailand, mengesahkan gegaran kuat turut dirasai di kedua-dua lokasi berkenaan.

Di Vientiane, bangunan yang melebihi tiga tingkat dilaporkan bergoyang dengan ketara, menyebabkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, terutamanya mereka yang tinggal di apartmen bertingkat tinggi.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Aidilfitri: Balik kampung guna kapal perang
Next: Gempa bumi: 10 nyawa melayang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.