Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gideon tidak sabar buru kemenangan pertama
  • SUKAN

Gideon tidak sabar buru kemenangan pertama

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMBAKAR SEMANGAT… Dato Rahman Lariwoo menyampaikan insentif kepada Gideon Riquelme Jonathan sambil disaksikan Jonny Ting Su King (empat, kiri) dan barisan petinju lain. Foto UKAS

KUCHING: Petinju muda Sarawak, Gideon Riquelme Jonathan tidak sabar untuk memburu kemenangan pertamanya dalam karier profesional apabila bakal turun dalam pertembungan Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) di World Siam Stadium, Bangkok pada 29 Mac ini.

Pemenang pingat emas SUKMA Ke-21 Sarawak itu bakal berdepan pencabar dari Australia, Lucas Jhon Holmes dalam aksi Middleweight 70kg, yang akan menguji kemampuan sebenarnya beraksi di pentas antarabangsa.

“Saya tidak mahu terlalu yakin…namun tetap bersedia memberikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini,” katanya ketika ditemuramah semasa majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan Tinju Negeri Sarawak (Saba) di salah sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Menurut petinju berusia 22 tahun itu, beliau akan meningkatkan rejim latihannya sebelum bertolak ke Thailand, Khamis ini.

Sementara itu, Presiden SABA Dato Rahman Lariwoo amat berbangga kerana seorang lagi produk persatuan itu telah menempa nama di arena antarabangsa selepas kejayaan Daeloniel McDelon Bong atau ‘Kilat Boy’.

“Melihat kepada rekod pencapaiannya dalam beberapa perlawanan seperti Sukma dan Suksar , termasuk di Thailand sebelum ini, saya percaya Gideon mampu mencipta kemenangan.

“Justeru, saya menyeru kepada semua peminat sukan tinju di Sarawak untuk memberikan sokongan padu kepada Gideon agar beliau dapat mengharumkan nama negara dan Sarawak khasnya,” jelas beliau.

Beliau sempat merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) serta barisan jurulatih yang telah banyak membantu usaha Saba untuk melahirkan petinju yang berjaya.

Pada majlis, Rahman turut menyumbang insentif kepada Gideon sebagai persiapannya ke Thailand nanti selain menyerahkan duit raya kepada barisan petinju Sukma Sarawak.

Hadir sama Naib Presiden SABA, Jonny Ting Su King serta barisan jurulatih SABA. – UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: FAM fokus Piala Belia, Presiden
Next: Kerajaan lulus penubuhan Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA, Para ASEAN 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.