Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Harga emas terus melonjak, melebihi AS$3,000 satu aun
  • BISNES

Harga emas terus melonjak, melebihi AS$3,000 satu aun

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Harga emas terus mencatat kenaikan ketara, melepasi paras AS$3,000 bagi setiap auns troy berikutan permintaan tinggi sebagai aset lindung nilai terhadap ketidaktentuan ekonomi global.

Pada 30 Oktober 2024, harga emas mencecah paras tertinggi AS$2,787.61 setiap auns troy sebelum ditutup pada AS$2,693.23 setiap auns troy pada Januari 2025. 

Kini, setakat 20 Mac 2025, harga emas telah meningkat kepada AS$3,036.74 setiap auns troy, menurut data goldprice.org. 

Persoalannya, sejauh mana harga emas akan terus melonjak?

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ketidaktentuan global menjadi faktor utama yang menyokong kenaikan harga emas.

“Apabila kebimbangan melanda ekonomi global, permintaan terhadap emas meningkat. Selain menjadi aset pelaburan, emas juga berfungsi sebagai lindung nilai terhadap inflasi, penyusutan mata wang dan ketidakstabilan geopolitik,” katanya kepada Bernama.

Beliau menjelaskan bahawa bank-bank pusat di seluruh dunia aktif menambah pegangan emas mereka, meningkatkan bahagian permintaan global daripada hanya 1.8 peratus pada 2010 kepada 21 peratus pada 2024.

“Peningkatan pesat ini – berkembang pada kadar tahunan 20.2 peratus – telah mendorong harga emas lebih tinggi.

“Berdasarkan trend ini, harga emas dijangka kekal kukuh dalam jangka panjang. Namun, seperti mana-mana kelas aset, ia tetap tertakluk kepada turun naik harga bergantung kepada perubahan sentimen pasaran dan tahap risiko yang sanggup diambil pelabur,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pandangan bercanggah mengenai hala tuju niaga hadapan MSM minggu depan
Next: Timba ilmu jadi usahawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.