SESI latihan skuad hoki wanita Sukma Sarawak akan bermula awal bulan depan (Ogos).
Perkara tersebut diakui Presiden Persatuan Hoki Sarawak (HSA), Datin Mary Sadiah Zainuddin.
“Persiapan kita sedikit terganggu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu.
“Apa yang pasti proses menggumpul semua pemain untuk memaulakan sesi latihan pada 1 Ogos depan,” ujar Datin Mary ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.
Tambah beliau, himpunan pemain yang terlibat dengan latihan kelak mencakupi pemain dari pelbagai kawasan.
Katanya, pihaknya masih belum memuktamad senarai pemain yang akan mewakili Sarawak pada temasya dwitahunan itu kelak.
“Kita akan memantau prestasi semasa pemain sepanjang mengikuti latihan itu nanti.
“Dan selepas itu, baharu dapat diketahui senarai pemain yang terpilih untuk beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor nanti,” jelas beliau lagi.
Oleh Faizal Bujang